Pages

Monday, February 13, 2012

Menuduh

Pada hari ini, tanggal 13/2/2012, saya menuduh suami saya menyayangi arnab, ikan, penyu, burung pungguk, katak pisang dan segala hidupan di muka bumi ini lebih daripada saya. Tuduhan itu saya lemparkan selepas menyedari sepanjang 8 tahun kami kini bersama, dia tidak pernah sekalipun menggunakan 'image' saya sebagai wallpaper komputer mahupun telefon bimbitnya.

Sebelum saya sempat menuduh lebih lanjut, dia menyampuk,

"Okay, using your attitude on my choice of wallpapers, what can we say about your wallpapers?"

Saya terus terdiam. Mati kutu. What can I say, I have been using my own images as my wallpapers since forever.

Haih..., saya sudah silap strategi!

No comments:

Post a Comment